Anda tidak perlu menghafal buku Kama Sutra untuk mencapai orgasma semasa hubungan seks.
Malah, anda tidak perlu menjadi kreatif langsung. Berikut adalah posisi seks yang paling kerap akan membawa anda ke puncak klimaks, di mana tiga posisi teratas adalah pergerakan yang telah terbukti berkesan dan mungkin anda sudah biasa dengar: ‘cowgirl’ atau wanita di atas, ‘doggy style’, dan ‘missionary’ atau lelaki di atas.
Ketahuilah mengapa gaya ‘cowgirl’, ‘doggy style’, dan ‘missionary’ begitu menakjubkan untuk kepuasan seks.
1. ‘Cowgirl’
Kenapa ia buatkan anda Orgasma: Gerakan ini meletakkan anda dalam kawalan. Anda boleh mengawal kelajuan dan kedalaman penetrasi, sambil menggabungkannya antara tujahan pendek dan dalam. Aksi yang pelbagai ini akan membantu anda untuk merangsang bahagian depan faraj anda, iaitu bahagian yang paling sensitif.
2. ‘Doggy Style’ 
Kenapa ia buatkan anda Orgasma: Penetrasi daripada belakang membolehkan hujung zakarnya menyentuh serviks anda, yang dipenuhi dengan saraf penghujung. Mintalah si dia untuk menujah perlahan-lahan dan lembut.
Berkaitan: 5 Cara Untuk Membuatkan Seks ‘Missionary’ Hebat
3. ‘Missionary’
Kenapa ia buatkan anda Orgasma: Ia intim. Anda boleh melihat ke dalam mata pasangan anda dan memaksimumkan sentuhan kulit ke kulit. Anda juga akan menikmati geseran pelvis si dia pada kelentit.